Info Surau


VISI SURAU AL EHSAN
Surau Al-Ehan Mercu Pendidikan Gemilang


MISI SURAU AL EHSAN
Surau Al-Ehsan membudayakan sistem pendidikan gemilang bagi melahirkan insan Rabbani yang sejati

MOTTO SURAU AL EHSAN
" Istiqamah Menuju Ukhrawi"

PIAGAM PELANGGAN  SURAU AL EHSAN
  • Pihak Pengurusan Surau Al Ehsan beriltizam untuk menjadikan surau sebagai:-
  •  Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan
  •  Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
  •  Memastikan surau sebagai tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
  • Memastikan semua murid Islam memperolehi ilmu Fardhu Ain dengan sempurna.
  •  Memaksimumkan penggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
  •  Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh semua murid dalam membentuk modal insan yang sempurna.



ADAB DI SURAU
  • Berpakaian menutup aurat.
  • Jaga kebersihan semasa berada di surau dan selepas menggunakannya.
  • Jaga tutur kata dan perbuatan ketika berada di surau.
  • Guru mesti bersama murid semasa berada di surau.
  • Jaga semua peralatan yang telah disediakan di surau.
  • Jaga kebersihan di bilik wudhuk.
  • Gunakan paip air dengan cermat.
  • Jangan membazir air dan elektrik. Matikan suis sebelum sebelum keluar dari surau.
  • Simpan semua peralatan yang telah digunakan ke tempat asal.
  • Simpan dan susun selipar dengan kemas di dalam almari.
  • Tutup semua tingkap dan pintu sebelum keluar dari surau.
 
PERATURAN AM
  • Pengurusan surau ini dikelolakan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan.
  • Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat ibadat solat melaksanakan amali Pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.
  • Kebersihan dan keceriaan surau mesti sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
  • Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat. Ia tidak boleh di bawa keluar kecuali dengan kebenaran.
  • Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan , poster atau risalah tanpa mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab.
  • Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak, menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
  • Semua Jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut :-
  • Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
  • Bahan-bahan/ gambar lucah/ majalah hiburan/ penerbitan berunsur politik dan risalah-risalah ajaran sesat
  • Makanan dan minuman

No comments:

Post a Comment