Latar belakang



Sejarah Surau Al Ehsan

Sebelum surau ini dibina, warga SK Bukit Kapar menunaikan solat di kelas yang dijadikan sebagai musolla yang terletak di Bilik Guru.

Tercetusnya idea pembinaan surau adalah dalam mesyuarat agong PIBG pada tahun 1992. Bermulanya cetusan idea itu, kutipan derma kilat sebanyak 2 kali telah diadakan pada tahun 1993 dan 1994.

Sumbangan dari pelbagai pihak juga diterima. Antaranya dari ahli korporat, pemain badminton Negara iaitu Rashid bin Dato’ Haji Sidek dan Jailani bin Dato’ Hj Sidek. Sumbangannya disampaikan sendiri oleh Dato’ Zainal Abidin bin Sakom semasa acara pecah tanah. Sumbangan juga diterima dari Baitulmal.

Pada tahun 1994, bermulalah pembinaan surau dengna tender berjumlah RM40,100.00. Pembinaan surau adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Pembinaan dan penaungnya ialah Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atas nasihat Jabatan Kerja Raya (JKR) Jurutera Daerah Klang.

Dengan izin Allah, surau telah siap dibina akhir 1994. Penentuan arah kiblat telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Perasmian surau ini pada tanggal 29 hb Otober 1994 oleh dato’ Salamon bin selamat mewakili Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.  Majlis ini diadakan bersama-sama dengan majlis berkhatan peringkat sekolah.

Surau ini dinamakan Surau Al Ehsan. Nama Al Ehsan dipilih adalah sempena dari sumber kewangan pembinaan surau adlah di atas sumbangan ikhlas dari pelbagai pihak.

Surau Al hsan harus mengalami perubahan iaitu pada tahun 2001, lantai surau telah ditukar kepada lantai jubin atas sumbangan seseorang. Pada tahun 2004, Surau telah dicat semula, penambahan bumbung, tempat wuduk lelaki serta moral ayat alQuran dan kata-kata hikmah serta menampal bahan-bahan untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran di dinding surau. Sumbangan adalah dari Baitulmal daerah Klang dan juga sekolah.

Untuk menceriakan lagi, pokok bunga hiasan di tanam di sekeliling surau.

No comments:

Post a Comment